Kacang panjang – Buah atau sayur?

Hobi tani power! kembali bersiaran ..hahahaha..

“Masak sayur apa hari ni ?” ” Ooo..hari ni masak sayur kacang panjang goreng belacan je!” Wah..sedapnya makan lauk kacang panjang goreng..macam-macam resepi boleh buat..kacang panjang goreng bercili …kacang panjang goreng dengan telur…masak lemak kacang panjang pun sedap.

IMG_2921
Hobi tani power! Kacang panjang segar dari laman

Hobi tani power! kali ni nak berkongsi tanaman #5 pokok kacang panjang. Pada sesiapa yang belum baca tanaman hobi tani power! dari #1 hingga #4 ..sila lah klik ye..hehehe…target nya saya akan berkongsi nukilan tanaman saya sehingga ke #1000. Terlalu jauh lagi ni…tapi insya Allah..saya akan cuba juga menulisnya..sila like, comment atau follow bagi memberi support pada saya!

Kacang panjang yang saya tanam ni spesel sikit..kacang panjang ni tak perlukan junjungan = kayu sokongan  untuk melayap = memanjat. Jadi, boleh lah ditanam dalam pasu saja. Lepas tu, cepat pulak tu mengeluarkan hasilnya..alhamdulillah. Nak tau asal pokok kacang panjang ni? Pokok kacang panjang ni berasal dari Shah Alam hehehe..benih ni saya dapat dari kakak saya yang juga hobinya bergardening yang duduk di Seksyen 7, Shah Alam.

IMG_2814 (2)
Hobi tani power! Sekebun pokok kacang panjang dalam pasu

Buahnya sepanjang dalam 12 inci je, tak lah panjang sangat berbanding dengan pokok kacang panjang yang ‘melayap’ di junjungan atau pancang. Tapi, rasanya masih mengekalkan rasa kacang panjang. Kalau dibuat ulam amat sedap rasanya..sebab ianya cruncy dan rasa gurih = enak . Hobi tani power! ulam dan manfaat peluh!

IMG_2838
Hobi tani power! Buah kacang panjang dalam pasu yang menggiurkan

Hobi tani power! Tips riadah :

Menanam pokok kacang panjang ni amatlah senang..kita boleh letakkan contohnya dalam 5 biji benih kacang dalam satu pasu dan jarakkan antara biji-biji tersebut. Jadi dalam sebuah pasu, ada 5 pokok kacang panjang yang akan tumbuh. Boleh tahan jugalah mengalihkan pasu pasu yang ditanam bila time nak potong rumput..berpeluh-peluh hobi tani power! mengangkat pasu..dan lepas tu mengatur semula pasu di laman. Jadi pokok kacang panjang kita ni sentiasa nampak kemas dan menarik di dalam pasu. Satu lagi tips riadah, kita boleh sentiasa bekalkan air pada pokok kacang panjang kita ni dengan konsep sains ‘Tekanan”..terutama kalau kita nak balik kampung dalam semalam dua. Caranya: ambil botol air mineral plastik yang terbuang dan tebukkan lubang dibawahnya. Sebaik-baiknya lubang tu sebesar lubang jarum je..Kemudian, kita bolehlah masukkan air penuh-penuh dan cepat-cepat tutup dengan penutup botolnya. Untuk mengawal air keluar dari lubang yang kita buat tadi, kita boleh control pada penutup botol tersebut..kalau kita ketatkan habis..air tak keluar, kalau kita buka habis, air keluar dengan lajunya..jadi apa saya buat, untuk mengawal air keluar dalam tempoh 24jam, saya cuba 2 3 kali cara ketatkan penutup botol tu. Bila dah dapat caranya, saya gunakan botol ni untuk supply air pada kacang panjang saya dengan meletakannya dalam pasu..

IMG_2836
Hobi tani power! Penyiram ajaib – botol air dalam pasu

Hobi tani power! Tips science fact :

Apa nama saintifiknya ? Vigna unguiculata subsp. sesquipedalis … Bila saya buat blog hobi tani power! ni baru saya tau nama santifiknya tu. Ada juga nama Englishnya ..yardlong bean atau, asparagus bean atau snake bean.. So, kalau kita buat menu nanti, boleh bagi nama ‘Fried Snake bean with belacan’ atau ‘Fried asparagus bean with chillies and hati ayam’. Kacang panjang adalah sumber yang baik untuk protin ,vitamin A, thiamin, riboflavin, iron, phosphorus, and potassium, dan sumber yang baik juga untuk vitamin C, folate, magnesium, and manganese. Fuh..banyak sungguh khasiatnya..patutla orang kata makan ulam kacang panjang ni boleh jadi muda…awek muda makan kacang panjang muda boleh jadi awet muda. Mudah-mudahan.

Pokok kacang panjang ni akan berbunga, dari bunga ia bertukar menjadi buah dan buah kacang panjang ada biji dan bigi = biji ini akan menjadi paribanih = biji benih. Jadi, yang sebetulnya ia adalah buah kacang panjang. Hobi tani power! walaupun kacang panjang ni adalah sebenarnya buah , tapi kita selalunya memanggilnya sayur kacang panjang. Cubalah nanti, bila orang tanya, masak sayur apa? Jawapannya ialah masak buah kacang panjang! Pelik bunyinya!

Hobi tani power! Faedah dan kegunaan :

Kacang panjang ni pun ada yang kata boleh cegah kanser..kalau nak tahu lagi boleh lah cari info nya dengan pakcik Goggle. Sebelum ni hobi tani power! malas nak tanam kacang panjang ni sebab nak kena sediakan junjungnya..lepas tu, pokoknya naik melayap tinggi..ala-ala macam cerita “Jack and the beanstalk“. Tapi sekarang, dengan benih kacang panjang yang diberikan oleh kakak saya ( tarima kasih lah K Inor) yang duduk di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor ni..menanam pokok kacang panjang ni menjadi mudah je..nyam nyam nyam…masuk pasu, siram je..pokok kacang panjang ni boleh jadi pokok hiasan juga.

IMG_2818 (2)
Hobi tani power! Bunga kacang panjang yang cantik, suci dan menawan

Kalau dah tanam pokok kacang panjang ni, bila dah berbuah, kena rajin belek cari buah muda..kalau tak, nanti banyak la buah tuha =tua..jadi buah tuha pun ok gak..jadi la paribanih = biji benihnya. Kalau nak petik buahnya, petik dengan hati-hati..petik betul betul kat tangkai buah, baru la buah segar dan tahan dan pokoknya pun bertunas lagi. Pokok kacang panjang ni boleh berbuah dalam sebulan lebih..boleh jual ni! #hobitani power

 

Nota :

Bahasa banjar = Melayu

Putat oh Putat!

Putat? Putat? What’s that? ..ramai yang tak pernah dengar nama tu kan..mungkin ada orang pernah makan ulam semacam gambar ini. Inilah dia ulam pucuk putat dan buah putat. Mungkin ada yang pernah makan ulam putat, tapi belum pernah melihat pokok putat atau mungkin ada yang pernah melihat tetapi tak tahu yang itu adalah putat!

ulam putat 1
Hobi tani power! Ulam pucuk dan buah putat

Ini hobi tani power!

Rashid pun kawan hobi tani power!

Rashid dan hobi tani power! suka berbakti pada tanah

Dua dua bijak.

Jadilah follower hobi tani power! Memang Bijak.

Hobi tani power! Tanaman yang saya nak kongsikan yang kali ini #4 adalah pokok putat. Sejarahnya. Suatu pagi Sabtu tahun awal tahun lepas atau dua tahun lepas, saya ke Pasar Basah Bandar Baru Bangi, Selangor di Seksyen 1. Di luar pasar tersebut ada peniaga pokok-pokok dan kebetulan saya singgah sekejap dan ternampak satu pokok yang berdaun besar berbentuk oblong. Bila saya tanya itu pokok apa..peniaga tersebut kata..”Itu pokok putat”. Spontan saya jawab..”Putat! Pokok apa tu?” Sebenarnya saya pun masa tu tak pernah dengar nama tersebut dan according peniaga tu..pucuk dan buahnya boleh dibuat ulam. Saya cuma kata “Ooo…” dan bertanya abang tu berniaga di mana selain BBBangi. Dia mengatakan di pasar pagi Ahad pekan Dengkil.

Setelah balik pasar basah BBBangi tu, sampai dirumah terasa rugi pulak tak beli anak pokok putat tu walaupun saya tak pernah makan ulamnya. Tapi pokoknya macam cantik juga kalau ditanam di laman rumah. Jadi pada pagi ahadnya tu, saya terus ke pasar pagi Ahad di pekan Dengkil dan berjumpa semula abang peniaga semalam dan terus saya bertanya anak pokok putat tersebut. Saya membeli anak pokok putat tersebut dengan harga RM8. Sekarang, ini lah rupa bentuk pokok putat tersebut dan sekarang ini tengah lebat berbuah.

pokok putat
Hobi tani power! Pokok putat saya yang berasal dari pekan Dengkil sedang berbunga dan berbuah

Hobi tani power! Jom mengenal pokok putat. Rupanya pokok putat ni ada yang panggil putat ayam, putat ayer, putat aying, putat kampung. Pokok saya ni tak tahulah, putat yang mana satu. Kalau ada sesiapa yang tahu boleh lah bagi tahu saya.

Hobi tani power! Tips riadah :

Tips riadah? Apa saya nak kongsi ni. Oklah, daun pokok putat ni cepat jadi tua dan selalu gugur ke tanah. Maknanya, kalau nak bersih selalu laman rumah, rajin-rajin lah kutip daun kering yang jatuh tu. Cara mengutipnya..kenalah terbongkok bongkok. Jadi ini adalah senaman ‘Squat‘. Senaman squat ni bagus untuk menguatkan otot-otot di peha dan juga betis. Jadi kalau selalu praktis, batis = kaki kita akan jadi kuat dan taklah sakit lenguh-lenguh.

Hobi tani power! Science facts :

Namanya saintifiknya Barringtonia racemosa. Ia adalah dari keluarga Lecythidaceae – spesis pokok berkayuPokok putat ini biasanya hidup di kawasan tepi sungai  atau berpaya dan banyak terdapat di negara Asia Tenggara, Cina, India, Afrika ( Afrika Selatan, Mozambique), Asia Oceania, Taiwan, Jepun. Rupa-rupanya saya menanam pokok yang hampir pupus dimana pokok putat ini di masukkan dalam list sebagai threatened plant di Singapore dan South Afrika. Pokok putat ini mengandungi toksin yang dipanggil saponins terutama pada bijinya. Racun dari bijinya ada orang buat untuk racun tuba ikan. Tapi jangan risau, daun dan buahnya boleh dimakan dan dijadikan ubat lagi. Buah putat dimakan untuk merawat malaria, merawat batuk, asma dan cirit birit (Cherry berry). Daunnya iaitu pucuk putat adalah bagus untuk merawat sakit darah tinggi.

pucuk putat.JPG
Hobi tani power! Pucuk putat  muda berwarna merah hati
buah putat tua
Hobi tani power! Buah putat yang tua dan saiz bijinya yang berdiameter lebihkurang duit 50sen

Hobi tani power! Faedahnya dan kegunaannya :

Kalau anda peminat ulam-ulaman, memang biasa mungkin memakan pucuk putat dan buahnya. Dan buahnya tu, kalau dimasak gangan putih awan hundang karing = masak lemak putih dengan udang kering memang sedap. Dimasak dengan sambal ikan bilis pun sedap!

sambal putat
Hobi tani power! Sambal ikan bilis dengan buah putat masakan isteri tercinta

Buah putat anum = muda ini sedap diulam atau dimasak, kalau dah tuha = tua, buahnya dah menjadi sabut dan boleh terapung didalam banyu = air. Itulah sebabnya pokok putat ini banyak tumbuh di tepi sungai atau paya, cara penyebaran bigi = biji benihnya adalah melalui air. Jadi, bijinya yang ada racun saponins tu tidaklah dimakan ikan semasa ‘pengambaraannya’ dalam sungai.

Pokok putat boleh mencapai tinggi dalam 4-8 meter dan memang cantik menghias laman kerana pokok putat ini berbunga sepanjang masa. Bunganya berwarna mirah jambu= pink dalam bentuk pom pom memang harat = cantik dan menarik. Baunya pun arom =  wangi! Mekar setaman!

 

buah dan bunga putat
Hobi tani power! Putik, bunga dan buah putat.

Wayah ni =Sekarang ni, buah putat yang tua saya benihkan didalam plastik. Manalah tau nanti saya boleh buat bisnes jadi ‘saudagar anak pokok putat’! hehehe..ada sesiapa berminat dengan anak pokok putat ke? ..ooo Rashid ye.

Jadilah macam hobi tani power! Anda bijak.

Nota : yang ber’bold‘ adalah bahasa banjar = terjemah bahasa melayu

Kantan secantik Kajol!

Cepat sungguh masa berlalu! Semalam 2015, hari ni dah 2016. Hobi tani power! Manfaatkan peluh anda… Azam saya untuk memanfaatkan masa singkat yang diberikanNya ini untuk kebaikan pada diri dan juga orang lain.”Dilwale = Hearted

Cantik..Siapa peminat Kajol ? hahaha..ramai ya peminat Kajol yang harat = cantik jelita tu, semakin matang semakin cantik artis Bollywood tu kan. Hobi tani power! Tanaman laman saya yang ketiga yang nak dikongsikan di awal tahun baru 2016 ni adalah pokok kantan. Saya ada ambil gambar bunga kantan dari pokok kantan yang saya tanam. Oh! cantik juga rupanya! Hobi tani power! Sila like kalau setuju.. hehehe

kantan mekar
Hobi tani power! Bunga kantan yang matang sedang mekar cantik menawan

Benihnya saya ambil dari kampung isteri saya di Tebuk Mufrat, Sg. Air Tawar, Sabak Bernam. Di kampung ni, memang banyak pokok kantan ni ditanam dan orang kampung menjual bunga kantan pada peraih sayur-sayuran yang datang ke kampung. Sekuntum bunga kantan cuma berharga dalam 10sen yang dibeli oleh peraih!

Disebabkan daunnya yang lebar dan warna hijau berkilat, saya tertarik untuk menjadikannya pokok hiasan laman. Mula-mula dulu saya tanam didalam pasu bunga. Tapi pokok ni sejenis yang tak suka dikongkong! Hidupnya tak subur didalam pasu, jadi saya alihkan pokok ni ke tanah dan saya tanam dipenjuru halaman rumah. Alhamdulillah, pokok kantan ni serasi dengan tanah tu dan hidup subur sehingga sekarang.Kebetulan benih ni bunganya berwarna pink. Ada juga yang bunganya berwarna putih di kampung tu.

kantan rimbun
Hobi tani power! Rumpun pokok kantan dipetak tendangan sudut sebagai penghias laman
kantan kudup1
Hobi tani power! Kudup bunga kantan ni tangah = sedangranum dan sadap = sedap untuk dimakan atau dimasak

Honi tani power! Tips riadah :

Menjaga pokok kantan ni kenalah rajin. Kalau tak, rumpun pokok ni akan mejadi macam semak lah. Jadi, kebetulan, cuti tahun baru tadi saya sempat ber hobi tani power! mengeluarkan peluh dengan menebang batang pokok yang berdaun kuning dan kering atau yang tumbang sana sini. Lepas menebang, kenalah buang ke tempat pelupusannya pulak. Pagi tu memang paluh bacucuran mengalahkan orang berjogging!

kantan tebang
Hobi tani power! Inilah batang-batang kantan yang kena bersihkan dari rumpunnya.

Hobi tani power! Science facts :

Pokok kantan ni pun sejenis pokok herba. Nama saintifiknya Etlingera elatior. Pokok kantan ni pun ada ubinya dan dari ubinya akan tumbuh batang untuk daunnya dan juga batang untuk bunganya. Batang untuk daunnya boleh mencecah ketinggian dalam 2 meter dan batang yang mengeluarkan bunga tu berketinggian dalam 1.5 – 2 kaki. Untuk membiak, pokok ini pun mengeluarkan rizomnya. Pokok ini memang banyak Antioxidant properties (AOP), antibakteria – terutamanya dari daunnya. Tak heranlah, ada yang gunakan untuk penyembuh luka dibadan, masalah sakit telinga, mengeluarkan kahak dan lendir dari pokok kantan ni. 

kantan rizom
Rizom pokok kantan yang menjadi batang dan menjadi bunga kantan

Hobi tani power! Faedah dan kegunaannya :

Apa lagi..bunga kantan yang harat = cantik tu boleh dimakan. Ianya dimakan mentah dijadikan ulam atau campuran nasi kerabu dengan cara menghiris halui = halus atau diulam dengan manjarang = merebus macam kita rebus jantung pisang. Kerana aromanya yang tersendiri ia digunakan untuk memberi rasa yang enak dan sedap pada masakan contohnya pada laksa, asam pedas atau gangan sasangan = masak lemak kuning. Ada juga orang yang memasak dari isi putih batangnya, bau dan rasanya sama seperti bunga kantan juga.

kantan asam pedas
Hobi tani power! Masak asam pedas dengan bunga kantan

Nak menambah arom = aroma makan ikan pekasam goreng, bunga kantan di potong halus dan di goreng bersama bawang dan cili. Bila bawang dah agak-agak kuning, angkat kesemuanya dan taburkan pada ikan pekasam yang digoreng tadi. Fuh!..2 thumbs up! Kalau tak percaya, sila cuba!

Tanaman apa pula for next episode?

Nota : yang ber’bold‘ adalah bahasa banjar = terjemah bahasa melayu

 

Sasangan keladi papuyu galam

Masak lemak kuning keladi dengan ikan puyu besar! Itu masakan kegemaran keluarga saya. Tapi kami sebut nama makanan tu dalam bahasa banjar macam tajuk di atas tu…hehehe..

Hobi tani power! Berkebun pun kerja juga. Saya kerja di ofis, saya berkebun di rumah. #2kerja

Tanaman halaman saya yang kedua yang nak dikongsikan ialah keladi. Saya dapat benih keladi ni dari kampung saya di Parit 4 Timur, Sungai Besar, Selangor. Umak saya tanam keladi ni ditepi-tepi parit atau tepi bendang sebab jenis keladi ni suka pada air. Biasanya jenis keladi ni hidup meliar dipaya-paya atau ditepi taliair sawah. Saya buat percubaan menanam keladi jenis ni di tanah. Ingatkan ia tak nak tumbuh tapi rupanya, alhamdulillah, keladi tu pun hidup subur atas tanah.

Kenapa saya suka nak tanam dilaman rumah sebab daunnya yang cantik sebagai penghias laman selain dari ubi dan batangnya boleh dimakan.

pokok keladi besar

Hobi tani power! Tips riadah :

Hahaha..nak keluar peluh macam mana ? Berpeluh beb masa nak korek tanah untuk buat lubang. Saya gunakan senjata ni yang dalam bahasa orang putihnya ‘Sharpshooter shovel’. Tapi saya panggil tubak.

tubak
Inilah senjata tu yang saya panggil ‘tubak‘. Tingginya dalam 2 meter dan beratnya dalam 2-3 kg.

Selain tu, kalau nak keluar peluh, selalulah menyiram pokok keladi ni dan buang daun layu dan merumput sekitarnya.

Hobi tani power! Science facts :

Nama scientific keladi ni ialah Colocasia Esculenta. Nama panggilannya ni tumbuhan telinga gajah. Sebab daunnya yang besar tu macam telinga gajah, tu yang dipanggil Elephant’s ear plant.  Keladi ni adalah tumbuhan herba. Apabila keladi tumbuh membesar, ia menghasilkan ubi dan dari ubi ini akan keluar rizom rizom atau sulur yang kemudian mengeluarkan anak keladi untuk ia membiak. Sesetengah jenis, tak ada sulur, terus keluar rizom yang menjadi anak. Jenis yang saya tanam ni adalah jenis hidup dalam air, maka ia mengeluarkan sulur lah.

anak keladi 1
Sulur keladi yang menjadi anak keladi.

Hobi tani power! Faedah dan kegunaannya :

Umak saya dulu kalau buat tapai pulut, pembungkusnya adalah daun keladi. Tapi sekarang orang kampung termasuk umak saya dah tak gunakan daun keladi kalau buat tapai pulut, mungkin sebab pertama, spesis keladi ni sudah halin tumbuh di tepi-tepi sawah.

Batang putih dan ubinya memang sedap dimasak. Selain masak sasangan keladi papuyu galam, masak asam pedas keladi pun terangkat jugak!

keladi masak asam
Hobi tani power!Masak asam pedas Colocasia oleh isteri kesayangan saya. Mahirup kuahnya sampai licin!

Hobi tani power! Ini tips untuk membersihkan ubi dan batang keladi dan memasaknya. Untuk membersihkannya, jangan potong ubi dan batang keladi dalam air atau kena air. Nanti tangan kita akan merengsa dan gatal. Potong atau kupas ditempat kering dulu. Kemudian, rendam dalam air limau atau air asam jawa. Baru lah ubi keladi dan batang keladi yang kita masak tidak rasa gatal atau tajam.

Nak tau kenapa?  Keladi ni akan mengeluarkan bahan kimia yang tajam yang kalau dilihat dari microscope berbentuk jarum-jarum. Nama scientifiknya raphides. Itulah yang menyebabkannya miang atau kegatalan kalau terkena kulit, muntung, bibir, rakongan kita.

keladi goreng
Hobi tani power! Colocasia goreng. Inilah hasil dari tanaman saya!
keladi kupas 1.jpg
Hobi tani power! Inilah Colocasia esculenta yang saya tanam dan telah menjadi masak asam pedas dan goreng seperti gambar di atas.

Ada satu lagi keladi yang saya tanam tapi yang ini nama scientifiknya Caladium bicolor. Nantikan hobi tani power! keluaran akan datang ye.

Nota: yang ber’bold‘ tu bahasa banjar

 

Tanam pisang dari buahnya?

Ampar ampar pisang, pisang ko masak layo,

Ditimbai ka tanah, dihurung bari-bari,

Garicak garicuk, patah kayo bongkok.”

Hobi tani power! nak sambung lagi pasal pisang mas. Artikel sebelumnya stop kat faedah dan kegunaannya.

Pisang mas yang saya tanam kat laman rumah ni, of course lah untuk laman sari saya jadi hijau. Pisang mas ni kategori kerdil, senang lah jaga. Kena rajin gak untuk buang daun kering dan anak-anak pisang. Kalau tak buang anak pisang tu, nanti jadi semak pulak. Buahnya memangla boleh makan. Kalau nak makan buah pisang mas, biar masa yang ranum, rasanya lemak manis, tapi sebab utamanya :senang nak bukak kulitnya, Kalau tak, kulitnyanya melekat pada isi pisang dan dah tak best nak makan! Pisang mas yang agak masak tu sedap dibuat kuih. Kuih apa? Apa-apa lah. Cekodok pun boleh, lempeng pun boleh.

cekodok
Cekodok pisang mas. Kuih ni memang kegemaran saya.

Paling sedap kuih ‘martabak pisang banjar‘. Kalau saya balik kampung saya di Sungai Besar, Selangor boleh la saya mintak ‘umak‘ masakkan.

Selain tu, jantung pisang mas pun boleh dimakan sama ada direbus jadi ulam atau masak gulai lemak. Umbut pisang mas pun boleh dimakan. Umbut pisang ni termasuk batang pisang yang paling dalam yang berwarna putih. Tapi saya tak pernah masak lagi gulai batang pisang ni. Sesiapa yang pernah masak, boleh la share.

Hobi tani power! nak jawab soalan-soalan dari kawan-kawan. Kawan saya yang namanya Azni tanya macam mana nak tanam pisang dan cara-caranya. Sorang lagi kawan saya namanya Imran, tanya adakah pisang ni jenis tanaman buah-buahan atau tanaman herba? Hmmmm..soalan cepumas ni. Kedua-dua soalan ni inter related. Pisang ni adalah sejenis pokok herba, sama kaum kerabat dengan halia, lilies, orkid, palms lah. Jadi pisang ni adalah tanaman herba gergasi. Sebab ia tumbuhan herba, pisang pun ada rizom atau ‘banana bulb’ pada induk pisang. Jadi, anak pisang tu adalah dari rizom tu dan kita alihkan anak pisang tu kedalam tanah yang digali. Boleh ke kita tanam dari buah pisang? Dihurung ‘bari-bari’ sajalah.

banana bulbs
Banana bulbs

 

rizam pisang
Anak pisang atau rizom pisang yang sedia nak dialihkan ke tanah

 

pisang dlm tanah
Anak pisang dah ditanam atau dialihkan kedalam tanah

Banyak lagi kalau nak share pasal pisang mas, tapi kena beri laluan tanaman lain pulak. Jangan lupa keluaran akan datang Hobi tani power!

Nota : yang ber’bold‘ tu bahasa banjar

Pisang berbuah dua X!

“Pisang mas dibawa belayar,

Masak sebiji diatas peti,

Hutang emas boleh di bayar,

Hutang budi dibawa mati”

Ingat tak pantun yang simple ni..Zaman saya dulu, pantun ni memang famous. Tapi mungkin generasi X ke,  Y ke atau Z dah tak pernah dengar pantun ni atau mungkin ada anak-anak yang tanya..pantun tu apa?

Apa-apa pun, perkogsian pertama dalam hobi tani power! blog ni adalah tanaman saya  dan telah mengeluarkan hasil yang amat baik sekali iaitu pokok pisang mas. Pisang mas ni benihnya saya bawak dari kampung mertua saya di Tebuk Mufrat, Sabak Bernam. Di kampung Tebuk Mufrat, sebelum ini kebun-kebun ditanam dengan pokok kelapa dan pokok pisang, tapi sekarang ni, orang kampung dah banyak menukar tanaman kepada pokok kelapa sawit. Kenapa saya pilih pokok pisang mas? Pisang mas ni kecik saja dan sesuai untuk laman rumah. Selain menjadi pokok hiasan laman, boleh juga ia mengeluarkan buah dan tentunya boleh dimakan. Asal usul pisang mas ni saya pun tak tau tapi dari pembacaan, asalnya mungkin memang dari nusantara (Malaysia/Indonesia/Thailand/Kemboja/Laos/Filipina).Ini kerana pokok ini adalah dari kawasan tanah Tropika. kalau ada sesiapa tahu, boleh lah share ye.

pokok pisang emas berbuah
Pokok pisang mas yang saya tanam ini menjadi pokok hiasan laman dan juga menghasilkan buah.

Hobi tani power! tips riadah :

Badan kita akan berpeluh semasa aktiviti membuang daun-daun pisang kuning atau daun pisang kering dan ia menjadi lebih banyak mengeluarkan peluh semasa menanam anak pokok pisang, menebang pokok pisang dan membersihkan pokok pisang yang ditebang tadi dengan mengheretnya ke tempat pelupusan. Saya selalunya akan mengheret pokok pisang yang sudah ditebang apabila buahnya sudah masak ke tempat pembuangan yang jauhnya anggaran 300meter dari rumah saya.

Hobi tani power! science facts :

Nama saintifik pisang yang lama ialah musa sapientum, yang bermaksud “buah orang bijak pandai” tapi dah tak digunakan lagi. Sekarang nama saintifik pisang ialah  Musa acuminata Colla. Kalau pisang mas ni bahasa orang putih nya di panggil ‘Lady’s Finger banana’. Buah pisang mengandungi banyak zat makanan dan yang paling tinggi adalah pottasium, lebih tepat lagi isotope Pottasium-40. Jadi, sebenarnya pisang adalah bahan radioaktif semulajadi. Tapi jangan takut dan risau, ini tak merbahaya untuk kita. Kandungan air dalam pisang adalah lebihkurang 75%. Serat atau fiber dari pokok pisang boleh dibuat benang. Pisang juga adalah tumbuhan herba berbunga gergasi.

Hobi tani power! Faedah dan kegunaan

Banyak sangat faedah pokok pisang ni dan kegunaannya. Apa kata kita tunggu artikel saya yang seterusnya hehehe…

 

anak pisang mas
Anak pisang mas. Dari anaknya kita boleh mengenal pokok pisang jenis apa. Tunggu artikel seterusnya.

Jom berkebun di laman rumah!

Hobi tani power! Sesetengah orang suka beriadah untuk kesihatan tubuh badan dan minda.Setiap kita mempunyai hobi masing-masing dan salah satu hobi yang ramai orang suka adalah gardening atau berkebun!

Tu sebab blog ni saya namakan hobi tani power! dimana sambil kita beriadah untuk kesihatan tubuh badan sambil mengeluarkan peluh, kita juga dapat manfaat dengan tanaman kita samada tanaman bunga, ulam dan sayur-sayuran atau pokok-pokok buahan. Juga untuk makanan kesihatan diri kita. Memang hobi tani power!

Hobi tani power! fokus pada pokok-pokok , ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang saya tanam di sekeliling rumah saya atau laman rumah saya. Saya target akan menanam 1001 tumbuhan atau pokok di halaman rumah saya disamping saya beriadah untuk mengeluarkan peluh. Memangla bila kita berkebun, peluh akan menitis-nitis keluar! Lebih kurang kita bersenam jugak la.

Dalam setiap siri blog hobi tani power! ni, saya akan fokus pada satu tumbuhan atau tanaman yang saya tanam tentang khasiatnya, science facts, resepi atau tips masakan dari tanaman dan tips menanam serta excercise riadah yang boleh dilakukan semasa gardening.

Moga kita sama-sama dapat manfaat dari hobi tani power! ini dan selamat bertani untuk kesihatan dan mungkin juga boleh menjana pendapatan anda dari hasil berkebun ni. Hobi tani power!

kacang panjang.jpg
Pokok kacang panjang dalam pasu. Pokok kacang panjang jenis ini tidak memerlukan pancang atau tiang untuk ia memanjat dan berbuah. Jenis ini boleh berbuah dalam ketiggian pokok 1 kaki.